ILMU KUSYUK SOLAT DALAM (5MINIT)

Ketahuilah ibadah yg paling besar melebihi ibadah lain adalah solat.
Baca dan fahami ayat ini."LAHAWLAWALA QUWWATAILLABILLAH"
Tiada daya kekuatan mengerjakan kebaikan dan menolak maksiat"
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau. Hitunglah dirimu termasuk orang yang hampir meninggal dunia” (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam).
Dalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi s.a.w. dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan. “Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].


Sembahyang yang paling tinggi makamnya ialah sembahyang seolah-olah kita melihat Allah. Jika tidak mampu berbuat demikian, sembahyanglah sepertimana Allah melihat kita. Tumpukan sepenuh perhatian, hadir hati. Selain itu berpusing kepala dalam sembahyang adalah makruh (selagi dada tidak lari dari kiblat). Dalam hadis lain dikatakan, Allah bertanya kepada orang yang berpusing dalam sembahyang, apa yang kamu lihat yang lebih cantik dari aku? Seboleh-bolehnya jangan berpaling kerana ia makruh dan menjejaskan perhatian kita kepada Allah.

kemudian dilanjutkan dengan ibadah rodja- Harapan kpd Allah setinggi araysh dan khauf.takut akan ALLAH marah kpd kita.
sembahlah oleh kalian akan Allah itu.dalam keadaan takut tidak mendapat rahmat dari Allah.dan takut Allah tidak menerima amalan kita.kerana amalan kita dari hati yg lalai,main2.
kemudian dalam keadaan berharap rahmat Allah,harap Allah akui kita selaku hambanya yg baik.

UNTUK APA SOLAT?
"Jadikanlah sembahyang kalian untuk mengingatiku"Allah menyuruh hambaNYa jadikan solat untuk kita ingat kepadanya.Dalam setiap situasi"Dan ingatlah kepadaku niscaya aku ingat pula kepadamu"

SOLAT itu kita memuji Allah-Jibril berkata" sesungguhnya rob kalian sangat suka dipuji maka pujilah Dia" tanpa ragu dan syak.Dan Allah sememangnya satu2 zat yg layak dipuji kerana kekuasannya meliputi segala sesuatu bahkan diri kita sendiri .ttp kita malah sibuk memuji diri sendiri dan artis2 yg tidak layak lgsung dipuji.

Kemudian solat itu intinya adalah doa
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;


[22]"Dan Dirikanlah Solat untuk mengingatiku" Disebutkan shalat karena kelebihan dan keistimewaannya dan karena di dalamnya terdapat ibadah hati, lisan dan anggota badan.
[23]“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat.Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Rasakan dan yakinlah Allah pencipta kita sedang memerhatikan kita dengan rahmat kasih sayangnya dgn namanya yg maha mengasihani
Dalam Al-quran Allah mengkhabarkan.Sungguh beruntunglah org yg mendirikan solat."Dan dirikanlah solat untuk mengingatiku"Beruntung org solat yg mana? Iaitu mereka yang kusyuk dalam solat mereka itu.(Beruntung lawannya merugi)Jgn solat semata mata hndak memenuhi kewajipan.tp solatlah dgn niat utk mendekatkan diri kpd Allah.Allah tak perlukan solat kalian kerana Dia sudah trtinggi kekuasaannya.ttp kalian yg perlukan solat.

RAHASIA TAKBIR
Membesarkan Allah
Bygkan kalian sedang berhadapan org besar,bagaimana keadaan zahir dan batin anda.inikan pula robbil alamin.Quran-Dia lah jua Yang Maha Besar(kekuasaannya), lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya).
Rasai kebesaranNya.dan kerendahan kita sebagai hamba.
jadi kunci trbesar keimanan menyembah(Ubudiyyah) adalah berbaik sangka ,dan mengetahui tidak ada sesuatu apapun baik dilangit dan dibumi yg mampu melampaui kekuasaan dan kekuatan Allah.

RAHASIA MATA TUNDUK KESEJADAH.
"Solat itu seorang hamba sedang bercakap akrab dengan penciptanya"
Misal anda diberi peluang berdiri didepan org besar utk(meminta mengadu)misalnya pm . Kita pasti bersungguh dan berhati-hati kerna takut dan mengharap pertolongan.kalau lg sdg ckp lg smbil main,berhayal,fkiran kelain.yb msti merasa bodoh dgn kita.nah itu cumalah makhluk seperti kita.inikan pula tuhan yg mnciptakn kita dan seluruh hal hidup kita.rasakan kita hanyalah hamba,tambahan pula hamba yg bermasalah .sepatutnya jadi malu kita dlm solat tuh

KUSYUK DAN PENUH HARAP(diterima) DAN T aKUT(x diterima)

Hal ini akan lebih menyampaikan kalian kepada kerendahan hati

BERDIRI DIHADAPAN RAJA
Dengan hati yang merendah diri ,kerana Alah tidak menyukai orang yg smbong.kmudian merasa diri ini hina kerana kita tahu siapa yg sebenarnya diri kita dan Allah lebih lg mengetauhui...

PEMIKIRAN DIDALAM SHOLAT

YA Allah aku ni banyak sangat dah ni buat salah
Ya Allah engkau tahu keadaanku.Ya Allah tlg laa aku
Ada orang kusyuk cara tu ada org cara ni









rahsia-rahsia untuk mendapat khusyuk di dalam solat mengikut Imam al-Ghazali
Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;
Pertama; Hudhur al-Qlabi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.
Kedua; at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.
Ketiga; at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.(memerlukanNya)
Keempat; al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.
Kelima; ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah.
Keenam; al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan.
Meraih Khusyu’ Dalam Ibadah (1)
Khusyu’ dalam ibadah kedudukannya seperti ruh/jiwa dalam tubuh manusia, sehingga ibadah yang dilakukan tanpa khusyu’ adalah ibarat tubuh tanpa jasad alias mati

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANDA MASIH BERAT SOLAT ?Baca Ini Supaya Ringan Solat

APA ITU KHUSYUK ?